Friday, October 5, 2007

How to describe my friends

true friends? Maybe like Ali cafe's advertisement:sahabat sejati sentiasa di hati.
or
Fair and lovely" tiap hari sayang"

What ever it is, for me the suitable words to describe my friends is same like Loreal
"kerana dirimu begitu berharga"

1 comment:

Sharifah Hassan said...

Kisah cawan kopi

Pada suatu hari seorang professor mengadakan perjumpaan di rumahnya. Sebelum memulakan perbincangan, dia bertanya pada tetamunya sama ada okay tak kalau dia menghidangkan kopi sahaja sebagai basahan tekak sepanjang perbincangan. Tetamunya bersetuju tanpa banyak berkata-kata...

Semasa menghidangkan kopi, dia meminta maaf kerana cawan yang ada di rumahnya tidak seragam kerana tidak cukup untuk semua orang maka dia menggunakan semua jenis cawan yang ada di dapurnya. Maka kopi untuk para tetamunya dihidangkan di dalam cawan polistren, cawan seramik, cawan kaca, cawan plastik, cawan yang sompek dan cawan yang mahal.

Apabila kopi diletakkan di atas meja, semua orang berebut-rebut memilih cawan yang berharga dan cantik, maka cawan yang sompek dan plastik diketepikan.

Ketika para tetamunya sedang leka menikmati kopi, professor itu bertanya sedap tak kopi yang dihidangkan itu? Semua tetamunya menjawab kopi yang disediakan itu sangat lazat dan beraroma.

Selepas mengucapkan terima kasih di atas pujian yang diberikan kepadanya proffesor itu teru berkata,
"kopi itu adalah kenikmatan kehidupan kita, cawan-cawan itu hanyalah sekadar pengisian dalam kehidupan kita, adakah kita perlu memilih hanya cawan yang cantik sahaja untuk menikmati secawan kopi?
Adakah dengan memiliki segala yang indah sahaja dalam hidup barulah kita dapat menikmati kehidupan?

Semua yang sedang memegang cawan yang cantik terus merona merah wajahnya kerana terkedu di atas kata-kata professor itu..

~renung dan tenunglah...Puan Sharifah