Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.Aku masih ingat lagi nenek aku selalu menangis bila ramadhan hampir ke penghujungnya.Dia takut tidak sempat menyambutnya lagi.Namun pd hari raya dia ceria semula. Aku tidaklah rapat dengan nenek aku sangat. Aku rasa lain mcm bila dia peluk atau cium aku. Walaupun begitu aku tahu dia memang baik,pemurah,taat kpd suami dan macam macam lagi.Tahun lepas aku tidak balik ke kampung krn 3 org ahli keluargaku ada periksa penting. Itulah perkara yang paling aku kesalkan. Aku tidak dapat beraya bersama dengan dia lagi. Dia meninggal dunia pada bulan empat lepas.
Aku pernah cakap kat We suatu ketika dulu" We, nanti kalau we nak meninggal we beritahu tau macammana sakitnya mati dan nanti lawat kiter dlm mimpi" we sekadar tersenyum.
Aku melihat We' dimandikan,dikafankan,dan ditanam.Satu persoalan yang menerjah fikiran aku,"kemana We selepas mati?
Aku tahu aku juga akan mati tapi aku takut sekiranya nyawa aku diambil ketika aku berada dalam kekufuran.Penantian yang sungguh menyeksakan......
Wednesday, October 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment